assalamualaikum.
selamat pagi malaysia dan selamat pagi warga blog sekalian. sekali lagi, selamat menjenguk ke ruangan sempit saya ini. tinjau-tinjaulah ye kalau sudi untuk membazirkan masa saudara/saudari sekalian hehe. sebenarnya entry kali ni hanya untuk borak kosong. takde apa untuk dibebelkan haha. tapi saya nak tanya korang, apa korang akan buat bila one day, masa tengah kemas-kemas bilik tu, korang terjumpa sesuatu yang pernah buat korang tersenyum kerananya? <--- heee apa lah kau ni nad, jangan buat orang kompius boleh?
haha okay okay. sebenarnya, saja je saya menanyakan kepada kalian. yelah, tadi kemas bilik saya yang bersepah nak mampuihh tuh dan suddenly i found something! yeah. kira macam satu poem lahh dulu-dulu punya aku pernah buat untuk dedicate kat someone yang pernah bermakna dalam hidup aku. tapi, itu dulu lah..dulu. paham? bunyiknya macam ni...
Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
hah. gelisnye lah hai kan bila korang tengok? hehe. macam tu lah aku kononnye dolu dolu. ye, kecik-kecik mana matang lagi kan? actually, aku saja post sebab macam masih bermakna kot ;p tapi aku tak kesah sebab dah sure-sure dia tak kan baca punyaa blog aku nihh. berjuta kilometer kot dari mesia hehe selamat-selamat.
tapi, lepas dah TIDAK dgn dia, aku dengan orang lain pulak. ye dan sekarang suddenly 'orang lain' tu muncul why why why? ohh memang lah aku tak tanya dia directly mengapa sebab segan lah kan. takot nanti dia cop aku perasan pulak haha.
hoyehh.saya cuma nak tanya awak lah kan. awak ingat apa tentang saya? dengan awak-awak yang lain pun saya nak tanya jugak.
awak tau tak saya suka makan apa? hah bab makan ni penting sebab kan awak cakap saya kuat makan haha. jahat nye awak. tak amek ati saya langsung ;p
minum pulak apa? bukan fresh orange lagi tau.
warna feveret saya awak tahu tak? kalau dulu pun, saya tak yakin awak tahu haha.
sikap saya pulak, awak dah cukup kenal ke kalau awak betol betol nak ada dalam hidup saya? saya ni unpredictable tau wak.
bila saya badmood, boleh ke awak sabar dengan saya? saya tak pasti lah. sebab kalau dulu seingat saya, bila saya bad mood, awak pun bad mood jugak. booo layan lah kiranya. siot ekk?
boleh ke awak belanja saya rm200 tiap tiap bulan utk shopping? haha sebab saya ni maklum jelah kan, mata duitan HAHAHA (ketawa mengilai.)
saya selalu malas nak jumpa-jumpa boypren ni <--- kalau ada lah. so awak boleh ke terima kalau saya tolak ajakan awak nanti? lainlah kalau masa tu awak baru lepas gaji. boleh lah consider kot. yelah, si mata duitan ni kan. paham?
saya ni garang. awak boleh terima? saya suka marah orang lagi-lagi budak kecik haha. tapi walaupun saya ni garang, tapi saya TAK SUKA lah kalau boypren saya tu jenis NAIK TANGAN. wataff kan? belum apa-apa lagi dah dera.
awak MEROKOK tak? kalau jawapannya YA, awak boleh BLAH dari kehidupan saya sekarang jugak.
awak tahu tak saya suka lelaki yang cool? kalau boleh se'cool' giovani L. tobing dalam cerita 'cinta dan anugerah' tuh. awak cool tak? bila ada masalah awak still boleh senyum tak? bukan apa, saya malas lah nak bercinta dgn orang yang tak cool. boring tau. sikit-sikit marah. tak cool tak cool HAHA
HAH awak boleh ke biarkan saya minat ashraf muslim gila-gilaan? huhhh saya takkan TAK MINAT dia sampai mati walaupun dia dengar-dengar cerita dah nak kahwin. saya sedih tau wak ;(
awak nak jadi boyfren saya, awak kenalah pentingkan PENDIDIKAN. betol lah, saya suka lelaki yang suka belajar. ilmu tu PELITA HIDUP. <-- amek kau. siap capslock lagi haha.
yang paling penting, tapi tulis kat yang paling bawah ehh. HAHA . awak boleh ke terima saya seadanya? maksud saya, segala kekurangan, segala keburukan saya awak boleh ke terima dengan lapang dada?
dan awak yang nak jadi boypren saya ni mestilah yang solat 5 waktu. bukan apa, dari situ kita dah dapat nampak awak seorang yang bagaimana kan? sebab bila awak solat 5 waktu, mesti Allah lindungi awak dari sifat-sifat yang TAK COOL. Dan awak mesti jadi macam giovani L. tobing tu kan? cool je hehe.
kalau duniawi pulak, HAHA saja listkan yang paling bawah. tanak ahh orang ingat aku despredo pulak. tak. saja je ni hehe. ohh awak tahu tak saya suka specky boy. betol lah tada tipu punyaa. tapi, takpe lah. kalau tak specky pong, mesti kene kurus tinggi dan ada rahang haha. sebab saya ni dahlah pipi tembam, kalau awak jenis yang muka bulat jugak, habislah saya. nanti orang panggil kita bulat couple hehe malu lah ;p
okay, saya tahu saya mengada-ngada. mesti awak menyampah kan? yelah, nak kata muka macam MAYA KARIN, tidak. macam HELIZA pun lagilah jauh panggang dari api tapi memilih nye, MasyaAllah. bajet muka macam SELENA GOMEZ jek ehh HAHA. tapi, ada saya kesah? suka hati saya ah kan? ini dunia saya, ini blog saya. awak apa peduli? kalau sakit mata baca entry saya ni pun awak boleh tutup sekarang jugak HAHA.
saya tak kisah wak. never care what people say sebab dia orang pun bukan sama je dua kali lima.
haha, people, mungkin lepas korang baca ni mesti korang akan cakap 'ohh patotla takda boypren, memilih nak mampuihh rupanya.' haha again, WHO'S CARES.
tapi kan ,kalau awak mampu buat saya sayangkan awak dan lupakan dia tu, awak memang teror tau. sebab saya dah tutup pintu hati saya dah huhu. kenalah tunggu lagi 5 tahun, kot kot saya dah okay ke? awak setuju tak? HAHA
nampok uhh be right back? haha.
OKAY kawan-kawan <--- eh apasal asek nak tercapslock je nih HAHA, again. sebelum aku lebih annoying lagik, baek aku berkayuh semula. ada hayat, ada masa, ada waktu aku helo-helo lagik yea? semoga kau orang happy-happy selalu dengan sesapa saja HAHA bunyik ayat mcam layan pasaan ehh.
p/s: sejak dua tiga empat menjak ni, aku suka jadi STALKER. best wehh at least secara tidak langsung, aku tahu jugak lah apa yang terjadi dekat hidup orang lain. biasalah, minah kepoh HAHA.
p/ss: sampai hati pang dan wan bedal toblerone yang Haida nak bagi kat aku tu. shait korang HEHE.
p/sss: hari ni off day, so melepak sakan lah aku yea. hoyehhh!
'segalanya bermula dari kamu yang buat ku melayang terbang, buat ku menggapai bintang.. bawaku disini..'
;)