Assalamualaikum.
mereka ni orgg yg paling aku sayang~
baiklah. untuk permulaan hari sabtu ni aku nak bercerita pasal mereka ni :) siapa mereka ni? ohh bagi yang memang kenal aku dan ada dalam kehidupan aku sepanjang dua tahun ni, ofcoz tahu siapa dan bagaimana hubungan aku dengan mereka ber-empat ni :D
mari aku ceritakan sekali lagi. Ok kebanyakan antara kami pun bila refresh balik macamana kami boleh rapat, masing-masing seolah tak percaya :P Antara kami berlima, aku, ayu, aiman dan zakiah memang satu sekolah sejak tingkatan 1 lagi. Dan aku hanya kenal dengan ayu dan aiman sebab both them sama kelas dengan aku masa kecik-kecik tu. Zakiah? walau satu sekolah, langsung tak penah tegur :P zakiah belagak doe *eh silap, dia ke aku?* haha. Ibot pulak, aku kenal masa masuk form 6. My first impression pasal dia ialah : poyo sehh budak ni. HAHA soryy LOL.
Tapi, memang jodoh panjang agaknye kot. Kami pun tak semena-mena boleh rapat dan kerana keakraban kami tu lah, Zakiah bagi nama panggilan masing-masing.
AIMAN -> ALONG
AYU -> ANGAH
ZAKIAH -> UDA
AKU -> ACHIK
IBOT -> USU
Ok sila support kami :P haha. bila nak bercerita pasal kami, memang panjang. sepanjang kami form6 ni, banyak benda yang kami dah buat untuk satu sama lain. Ok sebagai contoh, JOGGING! setiap weekend, selalu kami pergi Jogging dekat Taman Adda Height. Diorang akan park Motor dekat rumah aku dan kami menapak pergi Taman Adda. haihhh bestnya waktu tu :P ada jugak orang yang kutuk kami dari belakang, konon beriye lah jagi adik beradik etc. tapi, kami boo layan je. Perlu ke kesah?
Bila jogging tu, yang sebenar-benarnya jogging hanya Aiman je. Dia siap habiskan banyak round lagi while aku dan yang lain duk main playground. pastu dia akan ckap 'korang ni, bukan nak jogging. membesarkan badan je.' hahaha. ada aku kesah?
selain Jogging, dulu kami ada praktikkan bawak makanan dari rumah untuk kami berlima. ye! masing-masing bawak makanan as a bekal lah ikut turn hari masing-masing. Memang sangat best aku rasa masa tu selain dapat jimat duit, dapat jugak rasa kasih sayang dari dorang :P
aiman selalu bawak sandwich. dia buat sendiri. <3
ayu kalau bab bawak-bawak ni, dia memang suka bawak nasi goreng! simple katanya<3
ni uda penah bawak. siap bagi aku resepi lagi dan aku berjaya buat!
haha padahal senang je <3
disebabkan mak ibot meniaga. dia paling banyak bawak makanan
<3
<3
karipap mak dia sangat delicious! huuu rinduu~ <3
ok. aku selalu buat cekodok ni masa jogging.
aku penah bawak mee goreng jugak :P pwtf. HAHA
Okay. Macam tu lah kami. Bila ada kerja group, kami buat sama-sama. subjek yang lemah, masing-masing bantu membantu. Bila homework tak siap, kami mengamalkan sistem copy paste :P Bila kena marah, semua pun kena baru adil. Bila buat salah, masing-masing mintak maaf. huhuhu T.T indahnya memori dengan korang.
sekarang ni, walau korang takde depan mata aku hari-hari, aku tetap ingat kat korang. Tapi kenapa ada diantara kita yang menyepikan diri? Aku sedih bila jadi macam ni walau kita semua sedia maklum 'dia memang macam tu.' TAPI TAPI TAPI?
Guys, walau kita jauhh.. jangan pernah ragu dengan persahabatan ni. Bagi aku, walau aku dah dapat bestfren lain sekalipun, korang tetap yang terbaik dalam hidup aku.
Sebab?
Dengan korang lah aku selalu cerita banyak perkara, menangis tentang banyak benda, merungut pasal benda yang tak kena.
Bila aku ada masalah, korang yang sudi jadi tukang dengar, tukang bagi nasihat, tukang redakan perasaan kecamuk hati aku.
Bila aku putus cinta, korang jugak yang sanggup dengar cerita aku, lepastu bagi kata-kata semangat sampai aku boleh ketawa balik 5 minit lepastu. HAHAHA
rindu nak lepak dengan Aiman lagi kat depan rumah aku sambil main gitar. dulu bila dia boring, mesti pegi rumah aku. tak kira lah siang atau malam *tolongg jangan ngumpat ehh. haha.* masa tu lah kami akan cerita pasal macam-macam. usually dia akan tanya aku 'nad, kau ape citer sekarang.' walaupun hari-hari jumpa dia kat sekolah :D okayyy dia dah ada girlfee. sorry korang! hehehe.
rindu nak tido dengan ayu lagi. dulu dia penah berapa kali tido rumah aku. Masa tu macam-macam yang kami borakk. tentang dia, tentang aku, tentang cita-cita, tentang masa depan. heshhhh -,-
rinduu nak spent time dengan zakiah! dulu walau masing-masing busy pun, tetap akan habiskan masa untuk dengar cerita sama-sama. Dia banyak pegang rahsia aku. sama macam ayu. Dengan Zakiah, banyak yang aku belajar. banyak yang dia nasihat aku *maklum aku ni degil gilaa.* dia selalu cakap 'aku sayang kau nad. sayang sangat-sangat.' bila dia sedih, dia akan peluk teddy bear dan bayangkan itu adalah aku! siot :P and when i am sad and need a shoulder to cry on, dia sedia untuk bagi aku :(
rinduu nak gossip-gossip dengan Ibot tentang diri masing-masing. Dulu kalau aku tengah sedih pasal someone ni, mesti dia ada. Dia yang tak lokek bagi pandangan. Dia yang galak bagi semangat kat aku. Pastu mesti dia akan cakap 'dah la nad, takmo sedih-sedih. tak comel dah.' haihhhh, rinduu kat kau si unggas! :) hah, mamat ni punn da berpunya :D
korang memang banyak berjasa pada aku. so bila aku cari boyfee nanti, aku akan pastikan yang dia sudi terima korang tanpa sebarang rasa cemburu, sebab aku lebih utamakan korang kot hehe.
So dengan bangganya aku nak cakap yang 'aku sayang korang tersangat lah amat.'
---------------------------IKLAN----------------------------
aku teringin gila nak makan blueberry cheesetart ni. argh!
aku teringin gila nak makan blueberry cheesetart ni. argh!
belanja please?
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment