Assalamualaikum.
Dalam hati ni, banyak yang ingin aku luahkan. Kadang kadang ia seakan berlumba untuk keluar setiap kali jemari aku menaip. Tapi, tiap kali itu juga aku padamkan hasrat aku untuk meluahkan. Bimbang jika apa yang aku luahkan bakal mengundang kelukaan dihati orang lain.
Selagi boleh bertahan, aku akan tetap bertahan.
Apa sebenarnya yang aku rasa, tak mampu untuk aku dedahkan. Ia masih kekal disitu, di satu sudut ruang hati aku. Biarlah… biarkan ia disitu…..
Sendirian di tengah keramaian.. itu aku.
Tapi, ada juga insan yang baik hati menghulurkan tangan saat aku jatuh kerana sesuatu ketika itu.
Sedikit sebanyak, kepahitan itu menjauh walaupun masih bersisa bakinya. Doakan aku ya wahai insan yang baik hati, doakan yang baik baik, doakan tentang kita. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment