Friday, October 21, 2011

minta pada Yang Maha Kaya

Assalamualaikum.

Berikutan pada entri lepas, aku sedar sesuatu. Meminta-mintalah dengan Allah. Jangan terlalu meminta-minta dengan Manusia. Kerana sekaya mana pun manusia, dia tidak boleh mengabulkan permintaanmu. Tapi, mintalah pada Allah Yang Maha Kaya yang suka umatnya memohon pada-Nya sebagai tanda umat-Nya itu mengenang-Nya. :)

Aku bukan nak hipokrit, orang yang kenal aku memang tahu aku jenis yang macam mana. Tapi tak salah kan kalau kita sebagai manusia berkongsi kebaikan? Kalau orang jahat tak disokong untuk buat baik, macam mana dia nak berubah? Teringat kawan aku cakap ‘orang kalau nak jadi baik, bukan senang. Banyak dugaan. Kalau jadi jahat, kejap je. Sekelip mata pun boleh.’ Betul lah tu. kalau kita yang BAIK ni terus judge orang jahat, macam mana dorang nak berubah? Secara tidak langsung, kita yang BAIK ni pun termasuk dalam golongan jahat tu.

Macam kes baru-baru ni, artis BOB LOKMAN tu, dia diberi waran tangkap kan sebab buat ceramah agama tanpa lesen. Okay. Mungkin itu memang sudah prosedur, nak buat ceramah kena ada lesen sebagai bukti anda adalah penceramah yang bertauliah. Okay. Taknak sentuh pasal tu. tapi, in my personal opinion kan, betul tak apa yang kawan aku cakap tadi, ‘orang kalau nak buat baik banyak dugaan’ bagi aku lah kan, maaf la kalau pandangan aku ni salah tapi ni pandangan aku saja. Bagi aku, tak salah kot kalau nak menyampaikan ajaran islam. Kena dapat kebenaran ke kalau kita nak berdakwah? Patutnya pihak berkuasa kena lah duduk sekali dengan mereka yang mendengar ceramah tersebut, nilaikan ada ke dia pesongkan ajaran? Maaf, pandangan aku saja. Kalau salah tolong betulkan. :p

Tutup pasal tu, sambung balik pasal entri yang bikin aku sentap tu.

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Dah sangat obvious kan entri itu tentang apa. Aku jadi teringat waktu aku jalani kehidupan cinta aku sebelum ni.

Orang yang rapat dengan aku, pasti tahu kalau aku mahukan sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Memang dalam segi yang lain semangat itu adalah bagus. Tapi aku gunakan kata-kata itu dalam jalan mencari cinta. aku selalu kata, dalam dunia moden ni, dah takde lagi istilah perigi cari timba. So, if we love someone, just go for it. Walaupun tidak selalu aku guna pakai istilah itu, tapi Ya, itu lah aku. seriously aku rasa malu dengan diri sendiri, dengan kawan-kawan aku, dan mungkin juga dengan semua yang pernah ada dalam hidup aku dan Allah tentunya. tapi sekarang ni aku sedar, usaha aku dengan mengenggam istilah tersebut (takde lagi perigi cari timba.) tidak pernah kekal. Aku mencari tapi aku juga yang pergi meninggalkan.

Kalau anda ada yang seperti aku, kita renungkanlah bersama. Jadi berani pada perkara yang betul. Mari kita meminta-minta kepada Allah, Allah kan Maha Kaya, tak habis pun kalau sekadar apa saja pun yang kita minta kepada Dia.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Ya Allah. Kala aku memahami tiap bait perkataan ini, ada bayang seseorang yang datang mendekati mindaku. Aku pun tak pasti kenapa seseorang itu yang hadir, kerana kehadirannya dalam hidupku hanyalah 15 minit. Itupun kehadiran yang tidak diundang kerana kami di satu tempat yang sama ketika itu. Ya Allah, dalam ramai-ramai makhluk ciptaanMu yang telah aku temui, kenapa dia yang lama menduduki ruang kecil hati ini? Sedangkan untuk berjumpa kembali, hmm adalah sangat tipis kemungkinannya. Tapi aku yakin, ada hikmah kenapa Kau masih belum mengizinkan aku melupakannya. Ya Allah, kalau firasat aku adalah sama seperti jalan yang akan Kau aturkan untukku, tabahkanlah hatiku Ya Rahman Ya Rahim. sabarkanlah hatiku agar bisa tenang menghadapi takdirku sendiri. Semoga akan ada keindahan disetiap penantian ini. Amin.

p/s: tak sangka, tarikh dan peristiwa 6.3.2011 membawa aku untuk mengingatinya sampai ke hari ini.

Adakah ini sebahagian dari hidup aku? sekarang? Kelak?

No comments:

Post a Comment