Thursday, May 31, 2012

selamat tinggal, kerja.

Assalamualaikum.

ikan sepat ikan duri,
jom baca entry.

lepas pantun terus terjojol gambar sendiri. nampak tak permainannya?

Enam hari yg lepas, rutin aku berubah sikit. Dari pagi start pukul 9.30 mula kerja dan balik rumah, ada 3 hari balik malam, 3 hari lepastu balik pukul 6.30. Mari aku ceritakan rutin aku hari ini. Kenapa hari ini? Kerana hari ini hari terakhir dan hari yg paling penat. i guess. hiks.

muka semangat last kerja Luls.

Pagi lepas bukak kedai, kemas kedai, keluarkan banner display then sapu sampah. Lepas sapu sampah, mop lantai. Hari hari hokeyh mop lantai (kat rumah seminggu sekali jer padahal LOL!) then lepas mop lantai, kau tengoklah barang mana yg nak kena refill so pergi lah ke stor amek barang segala. 

Then dah siap semua dalam pukul 10 lebih gituw, biasanya aku breakfast. Selalu yg menjadi santapan, nasi lemak. Kemain. Memang senoneng je mata aku lepastu. Tapi hari ni, tak breakfast pun. Tak bawak bekal utk breakfast. Lagipun customer hari ni gedik sikit, datang awal pagi. Mencik! Baru nak warm up dah terjengul dekat pintu kedai LOL. 

Then bla bla bla bla dah pukul 12 lebih, lepas nicole and may tan pergi beli makanan, aku pergi season beli roti. Oh my, sukanya bila kat season, roti yg kini jadi fevret aku selepas blueberry cheese tart tu dah ada. Ngehh -.-

ni diaaa! ni diaaaaa!! ah saya bakal merindui kamu wahai blueberry cheese bread. sobs

Lepas makan tetiba je ada orang bagitau stock dah ready nak hantar. Lori tiong nam sebesar alam dekat depan kedai T.T Banyak k. 48 kotak kesemuanya dan siapa lagi kalau bukan aku dan nicole yg kena buat benda ni. Sebab nicole rajin, walaupun dia bos tapi dia buat kerja. May tan ni kaki arah, pesen suka arah arah orang tanpa tujuan dan sebab yg jelas. I iz sad. LOL. Tapi dia tak kedekut belanja makan lolololol.

Susun, kira dan tulis stock tu sampai ke petang sudahnya. Berhenti masa solat zuhur then sambung balik buat kerja. Tak kisah sebenarnya, aku anggap je apa aku buat ni sebagai sumbangan terakhir aku disitu lolol. Plus, baik buat kerja dari aku main mesej aje kerjanya. HAHA.

Then berhenti jap solat asar then pergi season balik, nak beli roti tadi tu lah kiranya tapi, too bad. Dah habis. So, beli benda lain. Duh, kau tahu kerja sini memang gila nak spend money dekat food jer. Everyday i spend about rm10 just for food. Kesian mama i. Ceh padahal tekak sendiri yg macam lahabau asyik nak pergi season jer. LOL!!!!!

Then bila dah petang tu, ada sikit rasa macam em em upset lah. Even 6 hari je kot aku kerja situ but yeah, aku ni kalau pasal perpisahan memang lemah sikit. Lagi benda tu dah selalu ada hari hari then tetiba je hilang lololol jadahnya padahal baru 6 hari kot kerja!!! Berbual nak lebih. Siot. Kihkih

Cekonon sedih kan, bila dah 6.30 jer dah nampak ayah sampai terus aku cakap kat nicole nak balik ayah saya dah sampai! Berlagak kau. Siap cakap sambil tengok jam lagi hahahaha K. Nicole and may tan ucap terima kasih, mula macam ouch, i iz sebak and, sebak sebak jugaklah tapi tu gagah gila melangkah laju nak keluar dari pintu cosway. Macam dah jalan tak cukup tanah kahkah.

Macamtulah kiranya hari hari aku di sana. Hari biasa, lepas buat apa yg patut, lepas layan customer, duduk lah tengok tv iklan produk-produk cosway HAHA then makan then buat air panas then refill stock then blah. Camtu jer. 

Taknak tanya kenapa i berhenti? Hm, ayah suruh. Sini susah nak solat. I mean, solat tu solat tapi persekitaran tak bersih. Memang lah bawak sejadah tapi tiap kali solat macam ragu ragu. Sebab tempat aku solat tu, utk orang meeting. Dorang masuk bilik tu pakai kasut. Plus, makan situ mahal. Tengoklah, sehari almost rm10 aku habiskan duit utk makan. Dahlah roti jer, perut i yg comel ni kenyang kejap jer. Nak makan nasi, mahal kot area sana. Maklum, area cina. K tu je alasannya.

Yg aku perasan, tiap kali balik mama akan tanya, 'kak kau kerja tak pakai mekap ke? perasan mama pagi pagi ada je eyeliner kau pakai. balik muka macam hantu.' Em K mama K. *nangis sesedu*

bye cosway,  nanti 10hb aku datang amek cheque. kih kih~

Wednesday, May 30, 2012

happy birthday, man.

Assalamualaikum.

Kawan, kalau dah namanya kawan. Tak kira lah kenal kat mana pun kan? real life ke, social network ke, kalau dia kawan yg best dan baik, still kawan dan mungkin one day jadi sahabat. Siapa tahu?

So, here a story. 

Aku kenal dia kebetulan je. Start dari tuit aku pasal 'lelaki pakai speck mungkin dorang nampak macam nerd tapi sebenarnya..' apebenda tah ayat belakang tu. Aku dah lupa. Then, one of my twitter friend, izzat buat RT manual dengan simbol :'). Then tetiba dia masuk line twist ayat. HAHA. 

Dia cakap, perempuan pakai speck nampak seksi and i tell him 'thanks for the compliment.' HAHAHA saja je padahal masatu. Pastu memasing ijat dengan dia suruh tuitpic/avatar gambar pakai speck. hiks.

Aku cabar, kalau nak aku guna avatar speck, dorang kena tukar nama. Ijat jadi izzat ayu, and dia jadi rahman_siAYU. HAHAHA and surprisingly mereka buat! *lap air mata terharu* 

then hari demi hari ngam dengan dia ni and rapat lah kot sampai sekarang. haha! ceh, hari demi hari? pls lah ayat nak sinetron sangat.

So............................................

today 30 may 2012, 

Happy birthday to you!

Nak ucap thanks so much btw. Tak la lama sangat awak muncul dalam timeline saya, tapi banyak dah awak nasihat saya. dekat blog, uh thanks a lot. seriously you are a good friend. Be happy. Awak memang seorang yg gila dan sengal ubi tapi awak kawan yg baik. Selalu je cuba utk happy kan orang lain. 

Wish sama lah macam thru phone tu. Semoga jadi anak yg baik dan berbakti, jadi abang yg baik dan bertanggungjawab, terus menjadi kawan yg memahami dan suka menolong, jadi cikgu yg best. K? dah tak payah nak terharu sangat. kbai

sebenarnya nak letak gambar cake biar dia lagi terharu kahkah tapi kan, lappy saya............... bye

Monday, May 28, 2012

Hari esok yg tak pasti...

Assalamualaikum.

Hari ni hari gembira aku. Biarkan aku senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah. Ya, hari ini kerja berjalan lancar, tak macam semalam. Dan, hari ini family amek aku and wanie masa balik then pergi makan satu family. Sayangnya, along takde. Dia balik esok, cuti seminggu. and saya kerja nice nyaaaaaa :')

Happy anniversary yg ke 24 mama and ayah. :')

Sekarang tak mampu nak belikan apa-apa utk mama dengan ayah. Kakak cuma mampu doakan je di setiap sujud. :'( One day, i'll make you proud of me.

**

Hari ni, Alhamdulillah okay. Everything went well. Rutin yg sama setiap hari. Bukak kedai pukul 9.30 then kemas apa yg patut, mop lantai, siram pokok -.- (benda yg aku jarang gila buat dekat rumah sendiri dan kena buat masa kerja. ) Then dah siap, breakfast dan mulakan tugas dengan senyuman plastik LOL. Then pukul 3 lunch then sambung kerja sambil berangan. Malam, kira stock and dinner then kemas-kemas, sapu sampah, buang sampah then berambus dari cosway. Duh kenapa macam bibik je rutin aku ni T.T Start esok, balik petang and yeay thanks bos.

Akan repeat benda yg sama sampailah aku bosan, aku akan berhenti. Hari ini wanie last kerja, maknanya hari last aku berteman disana. Nanti nanti dia dah takde, aku lalui sesorang. Jadinya, esok? Masih tak pasti macam mana.... doakan baik baik aje ye kawan-kawan.

Sunday, May 27, 2012

ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Assalamualaikum and hi people.

Orang kata, langit yg cerah jangan ingat sentiasa cerah, nanti hujan macam mana? Jadi sediakan payung sebelum hujan lolol sebenarnya itu aku yg kata. Rosaknya bahasa :'(

Lately ni, aku banyak pikir. In fact, masa tengah kerja pun aku pikir. Ya pikir camne nak layan customer, camne nak explain dekat customer pasal barang, camne nak lelari topup barang dari store ke rak. Ahaha k tu pikir memang pikir tapi bukan tu yg aku nak cakap sebenarnya.

Sebenarnya, aku pikir macam mana nak sambung belajar. Kolej, duit macam air batu yg cair mengalir. Setakat ni yg paling murah aku jumpa pun, unisel. Tu pun murahnya sebab compare dengan kolej lain yg lagi mahal. But still, mahal. Boo kena pinjam ptptn kot T.T Pastu kalau belajar tak betul-betul, tak excel, habis lah duit mak bapak, duit yg kita buat pinjaman. Hmm.

Sebenanya aku pikir, macam mana nak naikkan balik semangat aku ni. Dah jatuh ke bawah sangat dah ni. Dulu masa form 6 chill je. Nak speaking dalam kelas pun okay je. Nak cakap kat depan, rilek je. Ni ya Allah. Nak speaking, kenapa macam tak confident. Ya. Dulu. Berapa tahun lepas nad dulu tu? that's why la. :'(

Sebenarnya aku pikir, antara study atau kerja. Aku taknak kerja macam yg aku kerja sekarang ni lama-lama. Sementara ni bolehlah. Aku apply gov, mintak tolong pakcik sebab dia ada kawan situ. Makcik ada tolong applykan utk bank jugak. Kalau sampai akhir tahun ni tak dapat kerja stable lagi, aku pergi belajar. Kalau dapat kerja stable before bulan 12, aku akan sambung degree jugak.

Sebenarnya aku pikir, kalau lama lagi aku kerja dekat sini, sedih. Aku memang nampak garang nak mati luaran, muka macam singa lapar tapi bila part family, aku tak boleh. Rasa sedih bila tak dapat gurau dengan adik-adik. Selama ni, aku yg macam anak sulung, abang aku dari form 2 hijrah ke KL sampailah sekarang, jadinya automatic aku yg jaga dorang. Apa-apa prob, aku yg tahu. Bila balik malam-malam gini, adik tira dah tido. Acap pun kadang tido, kadang sibuk main msg. Mama pun sama. :'( sedihnya rasa dunia aku sekarang ni bila balik rumah...

Sebenarnya aku pikir, kalau aku compare diri aku dengan korang, aku ni nothing. Tak ada apa nak dibanggakan. Aku tak layak utk apa-apa dan tak layak utk sesiapa pun. Ye aku sedar diri. Zzz

Tuit aku pasal kahwin tu semua, tak betul pun. Benda tu datang bila aku rasa tension sebenarnya. Heh kan dah cakap tadi, aku bukan utk sesiapa dan perjalanan nak kahwin bagai tu, 10 tahun lagi kot? And.... Diri aku dekat alam maya dengan real life, beza. Jumpa diluar, baru boleh tahu aku macam mana, jangan judge tuit je yg kau reti.

Ah payah. Kena fikir antara logik akal dan perasaan yg lebih kepada emosi. Sila deal antara satu sama lain ye bebeh.

dan boleh publish entry sekarang sebab dah down balik dah. bye

Saturday, May 26, 2012

Cuma nak cakap.... eh, cosway!

Assalamualaikum.

Nak baca cerita hari pertama kerja tak? Taknak? K....... bye

Cuma nak cakap, saya kerja di cosway. Yg menjual banyakkkkkkkkkkk barang-barang/makanan kesihatan/supliment. lol

Cuma nak cakap, penatnya cari rezeki. Ni baru rezeki utk diri sendiri, belum lagi utk anak-anak nanti. Eh? Ya. Yang kerja je tahu betapa penatnya kerja. Jadi yg sedang belajar, pegi belajar bersungguh-sungguh please? Lelagi yg lelaki. Tanggungjawab kamu besar sangat :'(

Cuma nak cakap, rindunya dekat family. Balik kerja pukul 10 sampai rumah. Then semua dah macam nak tido dah. Adik aku yg lelaki baru balik hostel pun aku cuma sempat cakap kat dia 'weh lappy kau on tak?' lolol pastu masuk bilik terus. Bila keluar bilik, dia dah tido pulak -.- Mama dengan adik pempuan lagilah tido awal. Huuuuuuuuu pedihnya perasaan ;'(

Cuma nak cakap, rindu nak tuit. HAHA. Like seriously. Even balik keje pun still tuiting tapi lain doo feel nya. Rasa macam i lost something LOLOLOL gila addicted minah ni. Booo. Sebenarnya, rindu dekat.....k.

Cuma  nak cakap, Oh Man! hari ni kawan bos belanja coklat, black ball and dinner dekat kedai sama-sama. Ya memang macam family pun kat tempat kerja tu... cuma............... k yg kerja je rasa cemana perasaannya.

Cuma nak cakap, saya sakit pinggang dan lenguh kaki. Tadi sempat cramp sikit masa kerja. Tahu tak saya tak boleh kena aircond lama-lama. Air cond kuat kot, kalau dah sampai dekat tandas and dressing room pun sejuk T.T siap letak kipas bagai.

Cuma nak cakap, saya rasa saya makin teruk perangai kebudak budakan ni.. dekat twitter saya gurau over limit rasanya. Maaf. saya khilaf. :'( saya takut....

Cuma nak cakap, saya rindu nak tido lama lama dekat katil saya. bye selamat malam.

Nad, mengeluh tu Allah tak suka tahu. (.___.) maaf :'(

Thursday, May 24, 2012

kesalahan dalam blog yg memudaratkan #2

Assalamualaikum and hello.

Dah 3 hari ni, lappy buat hal. Tak tahu cemana start jadi gini, ia terjadi secara tiba-tiba walhal tak buat menda yg terlarang pun. Em mungkin aku selalu guna sangat kot? that's why jadi lagu tu T.T and man ada bagi ccleaner tapi masalahnya man, nak bukak tu kemain payah nak tunggu Allahuakbar sedihnya perasaan ni. Ish. But thanks a lot to you. Macam, dah on lappy then nak tunggu windows start tu, 10minit k? Pastu loading lagi, 10 minit, pastu nak tunggu before key in password tu 10 minit, then nak accept password 10 minit, then nak loading ke desktop 10 minit, nak tunggu keluar IDM, OVVO, Blablabla semua tu 10 minit. Then nak bukak folder payah, nak bluetooth gambar pun kemain lembap tahap cipanzi, pokoknya aku sekarang ni online pun pergi lepak dekat twitter je and fb kekadang je ah nampaknya. Ni, kat blog ni nak upload gambar, malas dah. Nak bluetooth pun lembap apabendanya aku nak upload gambar dekat blog ye dak and i know no one care T.T Ehem. Nampak tak aku habis masa kat mana? While tunggu semua tu habis, sempat aku buat kerja rumah, sempat aku mandi semua. Damn. This is annoying. Really. But you know what, aku terperasan bahawa tahap kesabaran aku semakin tinggi. Alhamdulillah syukur tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak kena betulkan jugak. Adah cakap pakcik sedara dia punya kawan ada amek service betulkan lappy and plus, handsome. HAHAHA k tak lawaknya. Jadi siapa nak sumbangkan duit utk aku betulkan lappy ni? T.T takpe, aku rasa minggu ni jugak aku kerja. Kawan aku dah nak berhenti so dia suruh aku kerja tempat dia. Gaji pun, hmmmm not bad. wink. Plus big family rancang nak pergi langkawi bape bulan akan datang so kena kumpul duit sendiri utk shopping. Sebenarnya nak cadang dorang pergi terengganu hahahahahahahahahaha if you know what i mean. Lololol. Tapi semua memang nak pergi langkawi pun, nak borong apa entah -.- oh well pretty please, harap lappy aku cepat sembuh tanpa perlu dihantar servis. Tahu tak sedih? Macam hilang daya dah ni. Wkwkwkw! k ni over. Ni mungkin salah satu cara Tuhan nak tunjuk supaya aku berambus cecepat dari laman sesawang kot. Huhuhu nanti dah kerja pun malam je kot aku tuit. Hm hmmmmmmm and you, take care. :")

Gila ke, please buat perenggan lepasni weh pada sesiapa yg publish entry cemni and hey! Kami bukan budak tadika nak disogokkan dengan warna-warna ceria tulisan awak. 

Wednesday, May 23, 2012

I'm the kinda girl who is....

Assalamualaikum.

i'm the kinda girl who is 'one of the guys', the one who is always there for everyone else when they need it. the one who puts others before herself. i'm the kinda girl who would rather be in sweats, big tee's and no make up at school, but dresses up because its what people expect of her.i'm the kinda girl, who regrets little things from the past. i'm the kinda girl who everyone knows her name, but nobody takes the time to know her. the one everyone sees walking with her one best friend and they all just stare. i'm the kinda girl who can be hurt, but will take time to make someone else happy, even though she can't make herself. i'm the kinda girl who acts all tough, but is really not as tough as you think. the girl that jokes around, but sometimes likes to be serious. the kinda girl who acts like things don't bug her or hurt her, just so people dont think they are actually bothering her. the kinda girl who can take so much pain, and bottles it all up inside her. i'm the macho one of my guy friends, and with my girl friends i'm the loud one. i'm the girl that is afraid of rejection and denial, but yet risks so much. the kinda girl that you wouldnt realize what goes on at home, because at school she has a smile on her face. i'm the kinda girl who just wishes some things would change. the one that wants something different and new. and is sick of bulls**t. Yes i am. 

bluek.

Tuesday, May 22, 2012

Buat sahabat yg jauh...

Assalamualaikum.

Wahai sahabat yg jauh, sahabat yg terpisah, apa khabar? Khabar hati kamu bagaimana? Semoga semakin tabah, kuat dan ampuh.

Ya sahabat, saya tahu.. terkadang awak tidak kuat untuk hadam segala yg terhidang. Adat manusia, mahu memilih yg enak dan menyelerakan dalam hidup. Tapi yg tak sedap, yg masam itu masih disua ke mulut. Dan kita terpaksa telan juga walaupun pahit menahan loya. Saya tahu. Saya ikuti awak secara diam. Awak tahu, apa yg menyedihkan saya, bila saya tak mampu utk hampir dengan awak saat awak sedang berduka. Saya tak mampu utk peluk dan pinjamkan bahu utk awak bersandar dan menangis. Jadi terkadang saya rasa saya bukan yg terbaik untuk menggalas kunci sebagai sahabat baik. Saya cuma mampu titipkan semangat dari kejauhan ini, cuma mampu berharap walau apa pun terjadi, awak akan tetap bangun dan tersenyum.

Tetaplah ketawa sahabat yg saya sayang. Biar ketawa itu tidak merdu, biar ketawa itu nampak rompong dimana-mana tetapi asal berpura menjadi kuat itu akhirnya menguatkan kita. Saya tahu banyak yg awak lalui, saya faham. Cuma buat masa sekarang saya cuma mampu memandang dari jauh, memujuk sikit sikit kerana itu saja yg mampu. Kita masing-masing bukan di tanah yg sama. Masing-masing ada haluan sendiri tapi jangan pernah lupa, saya masih ada disini. Masih setia mahu menjadi pendengar awak yg paling baik, masih setia mahu membuat awak tersenyum.

Sahabat yg saya rindu, kalau satu hari awak bangun dan ada air mata yg menitis, jangan terlalu sedih. Mari kita kuatkan hati yg serapuh kaca ini, mari salutkan bersama doa, kerana doa itu penghubung, doa itu juga tersimpan satu kekuatan, kekuatan yg datangnya dari yg Empunya segalanya.

wahai sahabat susah senang, walau bagaimana pun orang mentertawakan awak kerana khilaf dan kekurangan awak, saya disini, akan tetap menyokong dan akan cuba utk jadi tulang belakang awak. Awak ada saya, ada keluarga dan rakan-rakan yg masih menyayangi dan memerlukan awak. Ingat itu.

'sahabat yg baik adalah sahabat yg mendoakan sahabatnya yg lain dalam sujudnya.'

Awak ingat ini? InshaAllah saya takkan pernah lupa mendoakan awak. Saya tahu kita jauh dimata tapi sangat dekat dihati. Kita himpunkan diri kita dalam satu doa. InshaAllah...

Bila malam awak rindu kenangan kita, pejam mata. InshaAllah saya akan rasa perasaan yg sama. Ingat, kita satu. Dalam diri saya ada diri awak. Dalam nama saya, ada nama awak. Dalam naluri saya tersembunyi perasaan awak jua. 

Kalau awak jatuh kerana kesedihan dan kepayahan hidup, percaya bahawa saya disini turut menitiskan air mata. Mereka disini akan turut berduka. Jadi jangan pernah patah semangat, ramai yg sayang awak disini. Harap kembali dengan senyum. 

Ingat, kita adalah satu, dalam diri acik ada diri awak, angah dan uda.

Ingat kita adalah satu, dalam nama saya ada nama awak faridatun nadia.

Ingat kita adalah satu, dalam naluri saya tersembunyi perasaan awak jua., shekin dan adah.

Oh Allah, 
Berilah kebahagiaan kepada sahabat-sahabatku ini, gembirakanlah hati mereka. Jauhkanlah kesedihan, duka dan air mata dalam hati dan jiwa mereka. Kau temukan mereka dengan bahagia abadi Ya Allah. Temukan mereka dengan seseorang yg bisa membuat mereka tersenyum ikhlas, yg mampu menjadi pelindung mereka Ya Allah. Aku titip salam rindu dari jauh, semoga mereka merasai kemanisan dalam pengorbanan.

Pada akhirnya, sahabat perempuan saja yg akan tetap dengan kita. Sahabat lelaki akan pergi bila mereka pilih satu jalan untuk perbaiki hidup masing-masing. 

Apa yg saya sangat hargai bila awak pesan pada saya, 'jangan cari sahabat lain ye.' 'aku cemburu tengok kau baik dengan orang lain.' oh man, hati ni gembira. Awak tahu betapa besar ertinya kata-kata itu dimata saya? :') Walau macam mana pun kawan baru yg saya ada, walau ramai pun kawan baru yg saya jumpa, awak awak awak dan awak, akan tetap dalam hati. Sayang saya pada kalian hanya saya yg tahu.. dan bila awak mengadu itu ini, terkadang memang sengaja mahu berpura-pura tidak kisah, tetapi aku tetap bimbang. Dan tak pernah lupa untuk awasi.

salam rindu dari sini, nad/acik. *pepeluk berjemaah*

Monday, May 21, 2012

This is friendship.

Assalamualaikum.

Dengan baju basahan kat rumah, cardigan basahan dan tudung harian, pergi bersiar di tasik fevret aku. Takpe, depan mereka tak pergi cecantik hahaha. Kawan dari form 3. :')

So gay. beraksi gay dalam kereta. euw! HAHA. 

payung esso. Look, who's gonna care? Ahaks.

Hujan Rahmat sambut rejab. i love rain. calmed. 

eh gambar tak ready ini.

Persahabatan ni macam bila kita boleh cakap dengan kawan macam orang gila, gelak macam takde pedoman, kutuk macam takde perasaan, tapi still boleh senyum dan gembira macam takde apa-apa berlaku. Thanks jadi kawan yg baik utk aku selama ini. 

Nifsu Syaaban.  Mari puasa esok bebeh. :')

Al-Quran Pelangi

Assalamualaikum.

\( ^^ )/

( ^^ )//

Dah lama teringin nak miliki Al-Quran macamni.  Nanti kalau ada rezeki, InshaAllah.

Sunday, May 20, 2012

Entry bakar semangat sendiri.

Assalamualaikum.

15 things you probably never knew or thought about....

1. At least five people in this world love you so much they would die for you.
2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyones would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you recieved. Forget the rude remarks.
14. Always tell soemone how you feel about them; you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.

-unknown

So girls, stop feeling lonely and useless. There someone appreciate you while you are busy condemning yourself. Always remember, what seems the right thing to do could also be the hardest thing you have ever done in your life. Life is too short to wake up in the morning with fears. So love the people who treat you right and just give a damn about the ones who don't. And, believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. Ignore others. 

be a good role model in your life, i'm here. Watching you. and actually i'm talking to myself. -.-

Life has now been explained to you.

Kesalahan dalam blog yg memudaratkan

Assalamualaikum.

Selalu kalau blogwalking, mesti dari mood baik terus terjejas kan? Ada je yg spoil. Masalah paling utama,

1.

Selalunya bila loading cenggini punya lama, i mean at least dah 2 minit pun still tak leh nak load jugak, ni mesti tak lain tak bukan, letak widget bebanyak, pastu gambar pose sana pose sini penuh satu blog, pastu letak lagu. kekadang playlist pun penyebab beratnya blog kan? ehem. blog aku berat tak? lol

2. 

Jangan tipu, kalau dah lambat mesti merungut gak. Paling baik mulut ko akan cakap 'mak ai lembap gila blog minah/mamat ni.' tapi aku tak. aku super baik. ehem.

3.

bye blog. Awak berat, saya tak larat nak tunggu. K?

Sebabtu bila kat blog, tak perlu letak gambar bebukan. I mean, taklah gambar lucah yg kau letak. Tapi, motifnya apa letak gambar kemain banyak. Bukan wall facebook pun. Yela tapi blog kau kan, sukati kau lah :| and, kalau lagu tu pun menjadi masalah pemberatan blog, mohon buang. 

blog aku berat tak? jawab ah hoi!

Friday, May 18, 2012

Pakcik, please allow me to marry your daughter.

Assalamualaikum.

omeyy angatt kad kahwin zed zaidi ni. eh, zed zaidi pun berkenalan dalam laman muka buku ke? ke camne?

Again. Cerita pasal kahwin. Ehem. Ya, saya nak kahwin, cuma mama tak kasi lagi :'( Dia cakap, 'Ingat senang ke kahwin ni? Dah ready nak pikul tanggungjawab sebagai isteri? Dah sedia nak tinggalkan dunia remaja dan masuk dalam dunia perkahwinan yg serba serbi mencabar?' 

dan mula-mula aku cakap 'Dah....kot.' pastu mama saiko lagi,

'Kau dah jumpa calon ke kak? Nantilah dulu, nanti takde orang nak teman mama kat rumah.' 

K terus aku cakap 'belum lagi. Takde calon. Nak suruh mama carikan kalau ada. Saja je gurau.' Hahahaha k. Gelabah and touching kejap bila mama cakap macamtu. Hihi. Wait. Memang lah takde calon lagi :'(

Ah itu takpe lah. Sekarang ni, nak berangan kejap. Jom berangan?

Auchh. tanak ah kawan gini. semuanya sweet-sweet :'(

Satu hari nanti, mesti ada seseorang yg akan datang jumpa mak bapak kita kan. Datang untuk melamar kita. Bagi orang yg masa tu first time bawa lelaki jumpa mak bapak macam aku ni, sure ah nervous. :') Dan aku harap, aku pun perempuan pertama yg lelaki tu jumpa parentnya. Tapi, kalau bukan yg pertama pun takpe. Dia lelaki. Takde lah macam pelik sangat kalau dah pernah jumpa mak bapak orang lain. Tu tandanya dia pernah nak serious dalam hubungan cuma jodoh dia masa tu, bukan jodoh betul. Lol. Tapi akan jadi pelik kalau aku yg pempuan ni, dah banyak kali bawak teman lelaki datang rumah, tu lain cite k. Lain cite.

Dan, aku nak lelaki tu rasa special. Dia yg pertama aku kenalkan kat mama and ayah. Dia yg pertama jumpa mama and ayah, dia yg pertama kenal family aku macam mana, dan dia yg pertama....... akan aku tulis kisah cinta kami dekat sini. Bila dah kahwin. Mihmihmih.. rasa special tak bakal jodoh? K still takde jawapan. Takpe takpe, lain kali tanya lagi. Hehh

Apa yg aku impikan, biarlah first time bawa lelaki jumpa mak bapak dan lelaki tu pun datang dengan family dia. Kira, melamar terus lah. Eh, melamar ke merisik? Ke sama je maksudnya? Ke macam mana? =.=' oh man. Benda kacang gini pun confuse, cemana nak nikah? Ehem.

Okay apa-apa lah. Yg penting, nak buat ikut cara islam. Lagi berkat. Em tapi merisik tu adat kan. Hm, jadinya, bila family dia jumpa family aku, terus tetapkan tarikh tunang. Then, few month lepastu terus menikah. Jangan risau bakal jodoh, saya ni bukan perempuan yg kuat demand. Cuma, sediakanlah apa-apa yg patut. Jangan cakap tak kuat demand terus cakap nak buat majlis nikah je. Tak payah sanding.

Weh mana boleh hahahaha. *jeling*

At least, ada lah sanding. Tak dekat hotel, dekat dewan pun okaylah atau dekat Nusa Mutiara (ada swimming pool, boleh buat ala-ala garden. wink wink.). Mwahaha! K gurau. Rumah sempit takde ruang, mana boleh buat kat rumah. Buat majlis sekali pihak lelaki dan perempuan pun dah okay. Kita share je k? Tak payah membazir. Lagipun, kena simpan duit utk lepas kahwin. Nak pergi honeymoon lagi. HAHA. Betul ke perempuan ni ada cakap tadi, bukan jenis yg kuat demand? LOL.

Tapi sebenarnya, bersederhana tu lebih baik. Dan digalakkan dalam islam. Duit bukan nak guna masa majlis kahwin aje kan? Sebenarnya,tak kisah lah macam mana pun majlis nanti, harap harap harap diredhai Allah, direstui oleh semua orang yg kita sayang. :')

Tapi.... perhatian pada kekawan baik, awak semua still kena pakai baju ala-ala pwincess warna lavender k? Hihi.

Tapi sebelum kahwin, nak tanya ni bakal jodoh, awak dah sedia nak pikul tanggungjawab jaga saya? Dah sedia nak jadi IMAM utk solat kita? Dah sedia nak jalankan amanah yg berat? Perkahwinan ni kira satu amanah jugak. Amanah dari ayah mertua kepada awak. Bila awak kahwin dengan saya, ayah saya dah lepas dari tanggungjawab dan lepastu awak yg kena tanggung dosa saya sebagai isteri awak kan. Awak dah sedia? K nanti tanya balik lagi 4 5 6 7 8 tahun akan datang. :'(

dan lepastu baru awak boleh jawab 'aku terima nikahnya, nadia faraheen bt roslan.....'

dan saya baru boleh salam dan cium tangan awak
dan awak baru boleh cium dahi saya dan cakap 'i love you bebeh' 
dan kita baru boleh bergambar sama-sama. :')

DAN AKU DAH BOLEH BERHENTI BERANGAN SEKARANG!!!!!

Sebenarnya, bila orang cakap kahwin awal elak maksiat. Yes aku mengaku. Tu salah satu cara utk elak maksiat. Dan kahwin awal pun, digalakkan. Tapi, bagi yg tak mampu nak kahwin, cemana nak hindar diri dari buat maksiat? Bagi aku, jangan letak sesuatu hubungan dgn manusia tu sebagai perkara utama lah. Maksud aku, bila kau ada couple, jangan lah fikir nak buat benda yg menjangkaui batasan aje. Couple je cium, couple je peluk. Ada je orang couple dan masih menjaga batas-batas mereka. Sebab mereka tahu, keutamaan mereka dahulu. Lelaki yg baik, akan sentiasa jaga orang yg dia sayang dan takkan sentuh orang yg dia sayang.

Tapi kalau susah sangat nak tahan diri buat maksiat, dah tak payah sibuk nak bercinta bagai. Bercinta lepas kahwin je. Kan bagus? :') Atau ada cara lain? kongsi sikit. Hm. Yg penting, iman didada tu kena jaga elok-elok. InshaAllah.

Tapi, saya tunggu. Ada orang cakap gini dekat ayah saya, 'Pakcik, izinkan saya kahwin dengan anak pakcik.'

Dengar lagu kat blog aku ni, siapa je yg tak berangan kan? Hehe. Enjoy the song. :")

Thursday, May 17, 2012

tak pergi lah.

Assalamualaikum.

Selagi orang lain perlukan aku, aku takkan pergi.
itu janji aku.
Tapi kalau dah taknak aku ada dalam hidup kalian, cakap. 
Aku pergi, walaupun menyakitkan. 
Yg penting terus terang.

Hm, aku...
Mungkin, terbawa-bawa sikap paranoid kot?
Takut ditinggalkan sebabtu yeye nak pergi sebelum orang tinggalkan.
tapi tak mungkin.
Aku takkan buat macamtu.

Aku mengaku, Kena belajar balik cara utk bergurau.

peace k peace?

Alah, gelabahnya entry ni. Haha! 

let go of the past.

Assalamualaikum.

Kamu,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Kamu,
Saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.

Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia :)

-sumber dari blog tentang cinta. (dah inform penulis, harap dia ikhlaskan.)

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. 

Allahuakbar. Taknak dah sedih-sedih. Taknak. Sedih tu memenatkan dan setiap hari melukakan kalau ingat benda sedih. Kenapa perlu sedih sedangkan ada sejuta lagi alasan utk kita gembira kan? Kenapa perlu berendam air mata kalau ada seribu lagi sebab utk senyum. Let go of our past. Benda tu yg memerangkap kita utk terus dibuai kenangan. Kenangan yg tak perlu dikenang, yg sudah tentu BAD MEMORIES. 

Semoga aku, kau dan kita semua yg pernah jatuh, masih kuat utk berdiri. Masih utuh semangat utk mulakan hidup yg baru. Ameen ya robb :") Jadi, hello my baby bahagia and yeah sila berambus duka. Amboi jahh, semangatnya. Wkwkwk! And big thanks kat shekin, zakiah, dia yaya, and man. Selalu bagi semangat kat aku. Selalu suruh aku kuat dan jangan pergi hahahaha! K. 

Let go of our past doesn't mean we forget the memories, but that means you're smart enough to let go of the pain. Move on and take a new step. Walaupun sedikit terlambat. =='

I'm proud of myheart, it's been played, burned and broken. but it's it's still works :)

Wednesday, May 16, 2012

Hari ini punya setoliiiii

Assalamualaikum.

Ya, harini punya cerita macam drama tamil. Pepagi lagi sepatutnya aku dah pergi test komputer utk driving license tapi malangnya, wakjo (ejen lesen terbabit) lupa nak amek aku. Heh, aku dah macam okay. Kalau hari lain pun takpe sebab cam takut gak. Haha, apa entah nak ujian komputer je pun tapi nervous dia macam nak spm lagi sekali. Pftt -.-

Tapi, bila dah pukul 8 lebih wakjo tak amek-amek lagi, so aku call la dia. Ceh, call pastu tanya eh, 'kalau amek hari lain takleh ke.' Hahaha nampak motif disitu? Pastu wakjo cakap tak boleh sebab dah daftar nama. Demm. Aku macam alaaaa malasnyaaa dah siap tukar baju k? LOL. Then dia cakap dia lupa and nanti dalam pukul 2 gitew dia amek aku. Haha i'm a bit upset. Luls. Then, terus tido kan diri sebab ngantuk dan badan rasa lemah. Ni padahnya jadi penunggu twitter. Ye, dah malas nak lama-lama kat twitter dah lepasni. Jom main myspace?

Tapi sebelum tidur sempat webbie. Well, gaya BBNU pantang ada kamera/webcam semua nak amek gambar ni susah nak hakis dalam diri. Sedari kecil. :')

muka pesen mintak kaki.

mata dah sembap-sembap dah. ni semua salah twitter. lol

Dalam pukul 2 tu aku call wakjo, takut kang dia lupa aku lagi. -.- nasib baik dia tengah makan masatu hahahaha so belum gerak nak amek aku lagi. :') Nampaknya, sepanjang aku amek driving license aku akan tetap duduk kat tempat passanger, sebelah wakjo. Sebab rumah kitorang dekat je. AND WHY ON EARTH YOU NO REMEMBER ME? And sebenarnya segan gak, aku dahlah tak reti berbual. Diam je dalam kereta and yg paling kurang ajarnya, siap pasang earphone and dengar lagu kekuat lagi HAHA. 

'Nadia dah khatam dah buku tu?' 

'Aaaa takde lah katam sangat, tapi dah baca lah. haha.'

'Hahaha inshaAllah, boleh je. Senang je soalannya.'

'Aaa rasa macam nak jawab spm lah wakjo. nervous semacam.' *sambil buat muka cuak*

Pastu wakjo ketawakan gila-gila. Dia kata, apa nak cuak, biasa je. Senang je soalannya. K wakjo K. Dan, itu adalah dialog terakhir sampailah dia amek budak-2 lain and sampailah dia hantar aku dekat myEG tu. HAHA.

Yang tak menahan, sampai myEG aku tengok semua yg nak amek test, lelaki. Ada jugak ah muka-muka yg satu class dengan aku masa KPP haritu. Jeling je kat dorang haha. Dan lepas amek gambar apa semua, terus akak tu suruh masuk bilik utk jawab soalan. Lerrr terpinga-pinga aku. Suka tau cenggini, yg mamat-mamat duk berlonggok yg dah lama datang tak panggil pulak. I jugak.

Aku buat 50 minit, sebenarnya dah siap lama cuma ada lah 3 soalan macam tahi sikit aku confuse pastu buat double check. Well, taknak ah jatuh ego gua kalau tak lulus exam senang cenggitu. KAHKAHKAH. Kemain, padahal sebelum wakjo amek, dia punya nervous tak payah cakap ah. Muka ketat macam hape je --'

And yeah, ahad ni dah boleh pergi belajar kereta. Entah siapa kan yg jadi cikgu aku. Besar harapan, bukan anak wakjo si farhan tu yg ajar. Taknak :( aku tak selesa dgn dia. Bukan sebab dia ada kena mengena dgn aku eh, bukan. Entah. Tak pernah pun bertegur sejak aku lahir padahal rumah taklah jauh mana. Berlagak betei. HAHA.

Lepas habis test, tunggu wakjo datang pastu terus lepak kat surau pusat intensif sampailah asar. Lepas asar jemaah, terus pulang ke rumah dgn senyuman menawan. Hahaha K.

tatap mata saya betul-betul. tatap. luls. :")

gedik face dekat bilik membelakangi tingkap dan langsir. K

Sebenarnya, aku dah bajet macam taknak up entry pasal test komputer ni tau kalau manalah tahu tak pass test kan, hahahaha so here we are. Duh, walaupun hari ni happy gak tapi happy yg takde mood. Hmmm.