Monday, January 23, 2012

lihatlah langit, dan senyumlah, ^_^

Dia cantik. Baju kebaya berona merah. Kain sarungnya juga begitu.
Merah membakar nafsu yang lesu.
Sekali dipandang, terseksa jiwa.
Berkali dipandang, membuah dosa.

Dia mengenakan tudung yang sedondon.
Alah membeli, menang memakailah kata orang pujangga.
Pilihannya tudung ariani, persis bintang Sinetron yang selalu dizoom di kaca tv.

Liuk tubuhnya melangkah begitu mempersona.
Barah kepada kejernihan iman.
Apabila melalui wilayah arjuna, bau Vera Wang Princess memanjangkan hidung sekolompok arjuna seakan Pinocchio.
Ah, syurga dunia monolog mereka.

Dalam kelompok arjuna tadi terselit seorang anak muda.
Dia hanya memerhatikan dari jauh. Dalam hati dia beristighfar.
AstaghfirullahalA’zim. Dalam istighfar dia terkenang kata-kata hikmah tuturan ustaznya.

“Pakai tudung ni, macam pakai topi keledar. Kita pakai topi keledar, untuk mengurangkan kecederaan semasa kecelakaan jalan raya.
Tapi kalau kita tak patuhi had laju, tunggang macam pelesit, berlumba, mati juga.

Macam tulah pakai tudung.
Tudung itu perisai untuk jalan-jalan thagut, jalan-jalan maksiat.
Tapi kalau bajunya ketat, langkahnya menggoda, badannya wangi,wanita ini akan menjadi sasaran kacauan nafsu dan berunsur zina.”

p/s: Menutup aurat perlu ikut syariat Allah.
Tudung yang dipakai perlu ada syarat-syaratnya.
Ada tudung yang menampakkan leher, menampakkan lurah dendam, kita rasakan takpa.

Ingatlah, syaitan ini kreatif. Meskipun mereka tidak mampu membawa manusia ke wilayah hitam, syaitan akan mencipta wilayah-wilayah kelabu buat kita.

sumber: blog someone

SENTAP HATI AKU MEMBACANYA. Semoga semakin hari kita semakin baik. Jadi, tak salah share bukan? sharing is caring. we share because we care. We care that's why we share. #EH.

Macam quotes Pn. Ang bekas PK HEM TDS pulak. hehehe :D

No comments:

Post a Comment