Tuesday, May 22, 2012

Buat sahabat yg jauh...

Assalamualaikum.

Wahai sahabat yg jauh, sahabat yg terpisah, apa khabar? Khabar hati kamu bagaimana? Semoga semakin tabah, kuat dan ampuh.

Ya sahabat, saya tahu.. terkadang awak tidak kuat untuk hadam segala yg terhidang. Adat manusia, mahu memilih yg enak dan menyelerakan dalam hidup. Tapi yg tak sedap, yg masam itu masih disua ke mulut. Dan kita terpaksa telan juga walaupun pahit menahan loya. Saya tahu. Saya ikuti awak secara diam. Awak tahu, apa yg menyedihkan saya, bila saya tak mampu utk hampir dengan awak saat awak sedang berduka. Saya tak mampu utk peluk dan pinjamkan bahu utk awak bersandar dan menangis. Jadi terkadang saya rasa saya bukan yg terbaik untuk menggalas kunci sebagai sahabat baik. Saya cuma mampu titipkan semangat dari kejauhan ini, cuma mampu berharap walau apa pun terjadi, awak akan tetap bangun dan tersenyum.

Tetaplah ketawa sahabat yg saya sayang. Biar ketawa itu tidak merdu, biar ketawa itu nampak rompong dimana-mana tetapi asal berpura menjadi kuat itu akhirnya menguatkan kita. Saya tahu banyak yg awak lalui, saya faham. Cuma buat masa sekarang saya cuma mampu memandang dari jauh, memujuk sikit sikit kerana itu saja yg mampu. Kita masing-masing bukan di tanah yg sama. Masing-masing ada haluan sendiri tapi jangan pernah lupa, saya masih ada disini. Masih setia mahu menjadi pendengar awak yg paling baik, masih setia mahu membuat awak tersenyum.

Sahabat yg saya rindu, kalau satu hari awak bangun dan ada air mata yg menitis, jangan terlalu sedih. Mari kita kuatkan hati yg serapuh kaca ini, mari salutkan bersama doa, kerana doa itu penghubung, doa itu juga tersimpan satu kekuatan, kekuatan yg datangnya dari yg Empunya segalanya.

wahai sahabat susah senang, walau bagaimana pun orang mentertawakan awak kerana khilaf dan kekurangan awak, saya disini, akan tetap menyokong dan akan cuba utk jadi tulang belakang awak. Awak ada saya, ada keluarga dan rakan-rakan yg masih menyayangi dan memerlukan awak. Ingat itu.

'sahabat yg baik adalah sahabat yg mendoakan sahabatnya yg lain dalam sujudnya.'

Awak ingat ini? InshaAllah saya takkan pernah lupa mendoakan awak. Saya tahu kita jauh dimata tapi sangat dekat dihati. Kita himpunkan diri kita dalam satu doa. InshaAllah...

Bila malam awak rindu kenangan kita, pejam mata. InshaAllah saya akan rasa perasaan yg sama. Ingat, kita satu. Dalam diri saya ada diri awak. Dalam nama saya, ada nama awak. Dalam naluri saya tersembunyi perasaan awak jua. 

Kalau awak jatuh kerana kesedihan dan kepayahan hidup, percaya bahawa saya disini turut menitiskan air mata. Mereka disini akan turut berduka. Jadi jangan pernah patah semangat, ramai yg sayang awak disini. Harap kembali dengan senyum. 

Ingat, kita adalah satu, dalam diri acik ada diri awak, angah dan uda.

Ingat kita adalah satu, dalam nama saya ada nama awak faridatun nadia.

Ingat kita adalah satu, dalam naluri saya tersembunyi perasaan awak jua., shekin dan adah.

Oh Allah, 
Berilah kebahagiaan kepada sahabat-sahabatku ini, gembirakanlah hati mereka. Jauhkanlah kesedihan, duka dan air mata dalam hati dan jiwa mereka. Kau temukan mereka dengan bahagia abadi Ya Allah. Temukan mereka dengan seseorang yg bisa membuat mereka tersenyum ikhlas, yg mampu menjadi pelindung mereka Ya Allah. Aku titip salam rindu dari jauh, semoga mereka merasai kemanisan dalam pengorbanan.

Pada akhirnya, sahabat perempuan saja yg akan tetap dengan kita. Sahabat lelaki akan pergi bila mereka pilih satu jalan untuk perbaiki hidup masing-masing. 

Apa yg saya sangat hargai bila awak pesan pada saya, 'jangan cari sahabat lain ye.' 'aku cemburu tengok kau baik dengan orang lain.' oh man, hati ni gembira. Awak tahu betapa besar ertinya kata-kata itu dimata saya? :') Walau macam mana pun kawan baru yg saya ada, walau ramai pun kawan baru yg saya jumpa, awak awak awak dan awak, akan tetap dalam hati. Sayang saya pada kalian hanya saya yg tahu.. dan bila awak mengadu itu ini, terkadang memang sengaja mahu berpura-pura tidak kisah, tetapi aku tetap bimbang. Dan tak pernah lupa untuk awasi.

salam rindu dari sini, nad/acik. *pepeluk berjemaah*

No comments:

Post a Comment