Thursday, May 17, 2012

let go of the past.

Assalamualaikum.

Kamu,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Kamu,
Saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.

Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia :)

-sumber dari blog tentang cinta. (dah inform penulis, harap dia ikhlaskan.)

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. 

Allahuakbar. Taknak dah sedih-sedih. Taknak. Sedih tu memenatkan dan setiap hari melukakan kalau ingat benda sedih. Kenapa perlu sedih sedangkan ada sejuta lagi alasan utk kita gembira kan? Kenapa perlu berendam air mata kalau ada seribu lagi sebab utk senyum. Let go of our past. Benda tu yg memerangkap kita utk terus dibuai kenangan. Kenangan yg tak perlu dikenang, yg sudah tentu BAD MEMORIES. 

Semoga aku, kau dan kita semua yg pernah jatuh, masih kuat utk berdiri. Masih utuh semangat utk mulakan hidup yg baru. Ameen ya robb :") Jadi, hello my baby bahagia and yeah sila berambus duka. Amboi jahh, semangatnya. Wkwkwk! And big thanks kat shekin, zakiah, dia yaya, and man. Selalu bagi semangat kat aku. Selalu suruh aku kuat dan jangan pergi hahahaha! K. 

Let go of our past doesn't mean we forget the memories, but that means you're smart enough to let go of the pain. Move on and take a new step. Walaupun sedikit terlambat. =='

I'm proud of myheart, it's been played, burned and broken. but it's it's still works :)

1 comment:

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Hi sis,

Saya penulisnya. Ye saya halalkan. :)

Kadang ada setengah perkara yang kita cuba lepaskan, sebenarnya adalah perkara yang paling susah sekali. Macam kita tanpa udara. Seperti itu saya susah melepaskan dia.

Mungkin orang tak memahami keadaan kita, kerna bukan mereka yang merasai. DIA Maha Mengetahui betapa saya mencuba. Tapi hakikatnya, tiap kali saya hampir melupai. Dia datang mencari. Dan rasa yang masih berbaki, mekar kembali.

Lalu, saya pasrah. DIA aturkan semua ini. Dan pastinya punya kebaikan dlm tiap aturanNYA itu. InsyaAllah. Tiap sakit dah sedih yang saya rasa. Akan terganti dengan kegembiraan di kemudian hari.

:)

Post a Comment

  1. Hi sis,

    ReplyDelete