Wednesday, May 2, 2012

Oh orang perempuan.

Assalamualaikum.

Nak share sikit pasal orang perempuan yg nak ke syurga ni. :")

oh orang perempuan ...

awak bangun pagi, awak kejutkan suami ,
awak ajak suami berjemaah, awak jadi makmum ,
awak masak, awak gosok baju suami ,
awak sediakan kasut dan stokin untuk suami ,
awak hantar suami ke pintu pagar, awak cium tangan dia ...

awak minta maaf ...
awak berehat ...

awak basuh baju pulak, awak lipat baju ,
awak tunggu van ikan datang, awak beli lauk pauk ,
awak masak pula, awak siang ikan ,
awak potong sayur, awak menggoreng ...

awak letih...

awak duduk berehat ... 

tengah hari pulak, anak anak balik sekolah ,

anak lempar beg merata, awak sabar ,
anak buat bising, awak redha,
anak tu menangis, awak tetap manis ...

awak tabah...

awak rehatkan diri lagi ...

awak hidang makan tengah hari untuk anak,
awak suapkan anak, awak basuh pinggan ,
awak tukang lap, awak tukang kemas ...

bila petang..

awak rehat...

suami pulak balik, awak berlari cium tangan suami,
awak minta maaf, awak hidangkan dia minum petang ,
awak senyum pada dia, awak hiburkan dia ...

awak letih...
awak bersandar tepi dia...

maghrib tiba, awak ajak suami dengar kuliah,
awak sediakan jubah utk suami, awak sarungkan kopiah di kepala dia ,
awak hiburkan lagi, lagi dan lagi ...

malam tiba, awak jadi permaisuri,
awak bahagiakan suami, awak jadi bidadari ...

dengan jalan inilah, awak akan dapat masuk syurga....

*hebat mung orang pepuan! :") -ustaz azhar idrus.

Macam mana lah asyik tak cerita pasal nikah kahwin kalau dah dekat mana-mana benda tu yg diperkatakan. Huehuehue. Tak baik salahkan orang lain nadia faraheen oi. :'p

********

:: Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani. -mutiara kata

:: Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN. -mutiara kata

:: Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati.. -mutiara kata

Ya Allah, jadikanlah aku orang yg tahu bersyukur atas segala nikmat yg kau beri kepadaku. Jadikanlah aku anak yg solehah, yg dapat mendoakan kesejahteraan ibu bapaku tika mereka telah kembali kepada-Mu, Jadikanlah aku orang yg selalu istiqamah dalam mencari redha dan kebahagiaan dunia akhirat. Jadikanlah aku orang yg tidak leka dalam nikmat dan hiburan dunia. Sesungguhnya, aku hanya hambaMu yg terlalu meminta-minta tapi selalu lupa untuk bersyukur tika mendapat nikmat dunia yg kau pinjamkan seketika buatku. :(

doaku saban hari,
"Ya Allah, datangkanlah aku jodoh yg baik baik. Aku tahu wanita yg baik untuk laki-laki yg baik dan aku mahu menjadi sebahagian dari wanita yg baik baik itu. Kau kurniakanlah kepadaku suami yg akan menjadi imamku apabila kami solat, yg menjadi pembimbingku dalam mendekatkan diri kepada-Mu.. Kau golongkanlah kami dalam golongan yg diredhai-Mu kelak.."

Amin, Ya Robb.

No comments:

Post a Comment